Posts Tagged ‘training of trainers’
Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
DAMS dengan berbesar hati menjemput rakan-rakan sekalian untuk menyertai program TOTF For DA Friends (Training of Trainers and Facilitators for Dig-App Friends) yang julung-julung kalinya diadakan; pada 12 Disember 2009, jam 8.00 pagi – 5.00 petang, di Seremban Plaza, Seremban.
Objektif TOTF ini adalah:
- Merapatkan perhubungan rakan-rakan baru dan lama Dig-App Crews
- Membantu dalam pembikinan Trainer & Fasilitator Kelas A
- Memupuk keyakinan diri untuk tampil bercakap di hadapan khalayak ramai
- Membentuk imej dan ketrampilan Trainer & Fasilitator yang sesuai
- Memperkenalkan peluang-peluang yang ada untuk bekerjasama dengan DAMS pada masa akan datang
Kandungan TOTF direka khas untuk membantu bakal-bakal trainer dan fasilitator termasuklah para mahasiswa IPT dalam perjalanan mereka untuk menjadi yang terbaik. Pelbagai aktiviti yang menarik dalam program ini yang pasti akan memberikan senyuman bermanfaat kepada para peserta. Kandungan TOTF juga sesuai dipraktikkan oleh para guru dan pensyarah untuk menjadi lebih kreatif dalam pengajaran, sekaligus dapat menarik perhatian pelajar untuk kekal fokus di dalam kelas
Di antara modul program ini merangkumi topik-topik berikut:
- Belajar mengenali karakter manusia dengan renungan mata
- Tips dan teknik Trainer & Fasilitator kreatif (baca: luarbiasa)
- Tips dan teknik pengucapan awam kreatif (baca: unik)
Oleh kerana kami merasakan program ini banyak manfaat untuk dikongsi bersama rakan-rakan sekalian, kami buka penyertaan kepada bakal trainer, bakal fasilitator, guru junior, guru senior, pensyarah, mahasiswa dan rakan-rakan trainer yang lain jika berminat. Jika tuan / puan tidak tergolong dalam kategori di atas, jangan bimbang. Kami buka juga untuk sesiapa saja yang berminat, dengan syarat usia mestilah 18 tahun dan ke atas.
Kami mengenakan yuran yang amat berpatutan (dan pasti tidak akan dapat di tempat lain) iaitu:
- RM 110 (dewasa bekerja – dengan MyKad)
- RM 75 (mahasiswa IPT – dengan kad matrik)
Yuran yang berpatutan ini, amatlah berpatutan dengan jamuan makan minum yang lazat, sijil yang direka cantik dan goodies menarik yang akan kami berikan nanti. Peserta akan mendapat CD Ebook Tips & Teknik Pengucapan Awam Kreatif bernilai RM38.00 secara PERCUMA! Oh!
Jadi, tempah tempat tuan / puan hari ini juga! Tempat adalah amat terhad, (terbuka untuk 20 orang sahaja) dan jika tuan / puan bersungguh-sungguh mahu hadir dalam perkongsian ilmu ini, bank in kan yuran penuh atau sekurang-kurangnya 50% daripada yuran penuh ke akaun Maybank [Digital Apprentice Management Services: 5550 1410 4330] dan kemudian hantarkan nama, nombor MyKad dan bukti pembayaran tuan / puan melalui email admin[at]digital-apprentice.com ATAU jika tidak suka menaip email, SMS kan nama, nombor MyKad dan bukti pembayaran (Ref. No) ke 019-2875243. ATAU jika memang tidak suka menaip apa-apa pun, hubung saja kami di nombor telefon itu
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Disember 2009 jam 12.00 tengahari ATAU penyertaan ditutup sebaik jumlah peserta dipenuhi; mana-mana satu yang berlaku dahulu.
Itu sahaja buat masa ini.. Jumpa di sana! \(^_^)/


