We Are H.U.M.A.N


Humanizing humanity
Utilizing God's creations
Measuring self
Anchoring self and others
Normalizing life and afterlife
***

Insaniahkan insan
Nikmat Tuhan dimanfaatkan
Sisi diri diukur
Akuan diri dan pengaruh
Normalisasi dunia dan akhirat





DAMS Tweets
Contact Us
Digital Apprentice Management Services
2-16, Aras 2
Seremban Plaza
Jln Dato' Muda Linggi
70100 Seremban
Negeri Sembilan
Malaysia
Tel/Faks: +6067636216
admin[at]digital-apprentice.com

Posts Tagged ‘pengucapan awam kreatif’

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Baru-baru ini, DAMS telah berjaya menganjurkan dua kursus hebat iaitu Kursus Membina Personaliti Usahawan Berpengaruh di Facebook pada 3 Februari 2010 dan Kursus Pengucapan Awam Kreatif pada 6 Februari 2010.

Kursus ini menampilkan Tuan Hj Syahrul Nizam Junaini sebagai penceramah, di mana modul kursus adalah berdasarkan buku tulisan beliau yang sedang hangat di pasaran berjudul ‘Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni’. Kursus ini telah diadakan di Bilik Kuliah PUSMA, Seremban Plaza, Seremban.

Seramai 17 peserta menyertai kursus ini dan rata-rata mereka menyatakan amat berpuas hati dengan kandungan kursus yang diberikan.

Pada 6 Februari 2010 pula, Kursus Pengucapan Awam Kreatif telah diadakan di JomTraining Center, Kuala Lumpur. Kursus ini adalah berdasarkan ebook berjudul ‘Tip & Teknik Bicara Bestari’ hasil tulisan Jurulatih kursus iaitu Cik Puan Azzah Abdul Rahman. Dengan barisan peserta seramai 10 orang yang hadir, kursus ini telah berjaya mencapai matlamatnya.

Menurut seorang peserta, Puan Afiza dari Shah Alam,”Kursus ini mengandungi banyak teori dan ilmu mengenai pengucapan awam. Saya mencadangkan supaya masa kursus ditambah lebih panjang lagi,”

Manakala seorang lagi peserta, Tuan Zulhamidi dari Kuala Kangsar berkata,”Kursus seperti ini amat baik kerana peserta dapat pengalaman dan latihan bagi meningkatkan kejayaan. Saya juga mencadangkan kursus ini perlu ditambahkan lagi masa dan pengisiannya,”

Kedua-dua kursus hebat ini telah mempunyai kumpulan Alumni tersendiri dan eksklusif di Facebook Group. Alumni kursus-kursus anjuran DAMS juga secara automatik boleh mendapat pelbagai keistimewaan untuk menyertai kursus-kursus seterusnya.

Diharapkan para peserta dari kedua-dua kursus ini mendapat manfaat dari apa yang telah disampaikan.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat!