celorengbiru

Judul : Celoreng Biru
Pengarang : Azzah AR
Penerbit : Digital Apprentice Management Services
Genre : Motivasi
Mukasurat : 152 halaman
Cetakan Pertama : 2008
Jualan: MPH / Popular / Online

Antara kisah yang terdapat dalam buku ini:

PLKN Overview
Ketahui segalanya mengenai PLKN, jadual harian, pakaian, aktiviti dan macam-macam lagi.

Bukit Goh
Kejadian demi kejadian berlaku ke atas pelatih saya sepanjang 3 hari kami berkampung di Felda Bukit Goh. Malah sebahagian daripadanya disiarkan dalam akhbar tempatan. Apakah kejadian-kejadian tersebut dan bagaimanakah pula penyelesaiannya?

Si Miskin Yang Memiliki Impian
Seorang remaja miskin yang langsung tidak pernah menjejakkan kakinya ke mana-mana sekolah pun, rupanya memiliki impian yang menggunung. Apakah impiannya itu?

Histeria
Gangguan demi gangguan mistik dihadapi oleh seluruh warga salah sebuah kem di Selangor. Adakah ianya berlaku secara tidak sengaja? Ataupun suatu pengkhianatan?

Si Macho Yang Berhati Tisu
Gaya yang macho, perwatakan yang maskulin, lantang bersuara, tetapi digelar hati tisu. Kenapa?

Saya Anak Pungut
18 tahun hidup bersama ibunya, baru kini dia mengetahui bahawa dirinya cuma anak pungut. Diasak pula dengan pelbagai kedukaan yang bertimpa-timpa. Kisah malang seorang gadis muda yang mungkin selama ini hanya disaksikan dalam drama TV sahaja, tetapi sebenarnya ia berlaku di kalangan kita.

Serangan Isteri Cemburu Buta
Isteri yang tidak memahami tugas seorang Jurulatih. Lantas mengakibatkan kekacauan di dalam kem sehingga terpaksa melibatkan Komandan. Apakah yang telah berlaku?

Wad Dahlia
Wad yang menyimpan 1001 kisah suka duka penghuninya, dikongsikan pula kepada wira dan wirawati yang datang melawat ke sana. Apakah kisah disebalik istilah ‘bahagia’ yang sering dilabelkan kepada penghuni wad ini?

Dapatkan buku istimewa ini di sini!


Pilih Jangan Tak Pilih

Judul : Pilih Jangan Tak Pilih
Pengarang : Azzah AR (Azzah Abd Rahman)
Penerbit : Digital Apprentice Management Services
Genre : Motivasi
Mukasurat : 156 halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9789834375607
Jualan: MPH / Popular / Online

“Saya tak mahu orang buli saya! Saya tak mahu orang pandang rendah pada saya!”

“Semua orang boleh buat benda yang sama, cuma nak atau tak nak saja.”

“Kau tu bukannya tak pandai, tapi pemalas!”

Kadangkala kita merasakan terpaksa dalam melakukan sesuatu yang kita tidak suka. Kita merasa tiada pilihan untuk melakukan perkara yang kita suka. Semuanya dilakukan kerana terpaksa – sama ada untuk menjaga hati seseorang, atau untuk menyelamatkan diri sendiri. Sering juga kita membiarkan orang lain ataupun situasi semasa yang menentukan apa yang perlu kita buat, dan apa yang kita tidak seharusnya lakukan. Adakah itu yang sebaik-baiknya? Membiarkan perkara lain menentukan kegembiraan dan keseronokan diri kita yang sepatutnya menjadi hak kita?

Buku ini merupakan sebuah buku motivasi yang disasarkan kepada mereka yang pemalu, penakut, tidak mempunyai keyakinan diri dan sering merasakan terpaksa dan tiada pilihan dalam kehidupan. Pengisiannya tidak lain daripada ingin membantu dan mendorong individu warganegara Malaysia yang masih berada dalam ruang selesa masing-masing tetapi di lubuk hati mereka terasa ingin untuk menjadi seorang yang berkeyakinan diri, berwibawa dan cemerlang.

Kisah-kisah yang dipaparkan dalam buku ini merupakan daripada pengalaman sebenar penulis, selama berkhidmat sebagai jurulatih dalam pelbagai program nasional terutamanya PLKN untuk dikongsi dan dijadikan pedoman kepada pembaca, supaya sama-sama dapat merenung pengajaran di sebaliknya.

Hanya RM 15.00* sahaja!!!

Dapatkan DISKAUN 20% untuk pembelian 20 naskhah dan ke atas!

* Tidak termasuk harga pos

** Penghantaran adalah mengikut harga poslaju iaitu RM 6.00 setiap satu naskhah ke seluruh Semenanjung Malaysia dan RM 8.00 untuk ke Sabah dan Sarawak.

Nota: Tawaran diskaun diberikan bagi sekolah dan IPT yg berminat untuk menjadikan buku ini sebagai koleksi di Pusat Sumber Sekolah masing-masing. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.