Peserta-peserta Kem Jejak Terbilang SMK King George V (SPM 2009)
“Kem ini amat menarik. Memberi saya kesedaran tentang kebolehan diri, kepentingan menjaga negara dan menghargai keluarga. Faci yang paling best!”
“Fasilitator memberikan motivasi yang amat berguna sekali. Kem ini berlainan dari kem-kem yang pernah saya hadiri. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mencabar minda, menguji ketahanan mental dan emosi saya sebagai seorang pelajar. Disyorkan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting.”
“The planning of the camp is well-organized and has their hidden ’surprise’ objectives. The teachers are brilliant actors and they help me (I believe) to find a purpose in life once again.”
Peserta-peserta Program Jejak Terbilang SMK Seri Putera
(STPM 2008)
“Saya dapat menyedarkan diri saya untuk mencapai tujuan sebenar saya sebagai seorang pelajar dan anak. Slot yang dilakukan pada malam kedua benar-benar telah mencabar diri saya untuk membuktikan bahawa saya boleh menjadi seorang yang terbilang.”
“Saya rasa macam ada semangat baru, ianya bukan sekadar semangat biasa, tapi luar biasa. Saya akan buktikan pada family, rakan-rakan, cikgu-cikgu dan seluruh dunia yang saya akan jadi yang terbaik di kalangan yang baik dan yang terbilang dari kalangan cemerlang dan gemilang.”
“Terlalu bersyukur dapat mengikuti kem Jejak Terbilang ini, merasa diri amat bertuah kerana berpeluang memperoleh sesuatu yang amat berharga dalam meningkatkan azam dan tekad yang selama ini seolah-olah berada di awangan…”
“Saya telah sedar akan banyak perkara yang selama ini saya tidak hargai. Terima kasih kepada jurulatih semua. Saya respect ‘gila’ pada anda semua sebab kem ini yang pertama buat saya menitiskan airmata dan menunjukkan betapa lemahnya saya.”
“Selama 3 hari 2 malam saya dapat merasakan banyak pengalaman, ajaran dan cabaran oleh jurulatih di sini. Saya dilatih untuk mempertahankan negara dan ini telah menyebabkan semangat patriotik saya tebal. Di sini juga dilatih untuk bersusah dahulu bersenang kemudian, contohnya mendaki bukit walau betapa susah dan penatnya akhir sekali bila tiba di puncak saya mendapat kepuasan dan senyum bila menuruni bukit itu. Terima kasih!!”
“Saya amat berterima kasih kepada jurulatih kerana banyak memberi semangat serta telah memperbaiki diri saya, dan berjaya membuatkan saya lebih fokus dan membuat saya mengenal diri saya. Saya tak nampak dah diri saya yang dulunya sombong, ego dengan kebolehan diri, semua itu dah hilang. Terima kasih banyak. Saya berhutang dengan anda semua dan saya akan membalasnya dengan kejayaan!”
Peserta-peserta Program Jejak Terbilang SMKA Sheikh Hj Mohd Said (PMR 2008)
“Selama beberapa hari saya mengikuti program ini, saya dapat berkongsi bersama kawan-kawan pelbagai aktiviti dalam program ini. Saya juga dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan yang saya ada. Saya berazam akan jadi lebih baik dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam PMR.”
“Program ini mengajar saya meniti kehidupan yang penuh cabaran, kerjasama kumpulan, yakin diri dan hidup bermatlamat. Program ini merupakan yang terbaik dalam pengalaman saya.”
“Kem ini telah banyak memberi kesedaran kepada saya. Untuk berjaya bukan sekadar belajar bersungguh-sungguh tetapi kena mencari keredhaan semua orang. Sekarang baru saya berfikir tentang matlamat hidup saya. Sebelum ini banyak yang suruh saya study hard untuk PMR tapi saya buat tidak tahu saja. Tapi sekarang baru saya berfikir kenapa mereka suruh saya study – untuk capai impian saya.”
“Semua program dalam kem ini saya rasa memang best. Malam itu, semangat patriotik saya memang terbakarlah.”
“Pada mulanya saya fikirkan kem ini sangat membosankan kerana biasanya kem motivasi aktiviti hanyalah ceramah. Tapi kem motivasi ini sangat menarik dan berbeza dengan pelbagai kem yang pernah saya ikuti.”
“Saya dapat mengubah diri saya kepada yang lebih baik. Dan saya telah mengetahui bagaimana saya di pandangan orang lain. Kini, saya berasa lebih yakin.”
“Bagi saya, kem motivasi ini memang best! Selalunya kalau ada motivasi, saya akan tidur sebab boring. Tapi yang ini lain sikit sebab ada banyak program yang BEST dan banyak mesej disampaikan. Selain motivasi untuk pelajaran, ada juga program yang memupuk semangat cinta dan sayangkan negara.”
Peserta-peserta kPerak Infomediaries Training, Januari 2008
“Saya berpuas hati dengan tunjuk ajar yang diberikan. Penyampaian dan aktiviti sangat bagus menguji minda.”
“Banyak dapat berkongsi ilmu dan matlamat. Saya berpuas hati dan banyak terselit makna tentang perniagaan di sebalik aktiviti yang dijalankan.”
“Penyampaian sangat jelas dan tepat dengan aktiviti yang dijalankan.”
“Membantu saya melihat matlamat sebenar saya. ‘Sempoi’, enjoy dan menambah ilmu.”
“Sungguh menarik!! Aktiviti yang dijalankan mempunyai motif yang tersendiri.”


