Archive for October, 2009
Baru-baru ini Digital Apprentice Management Services telah diberi mandat oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengendalikan Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru di Institusi Pendidikan Agama untuk Zon Semenanjung dan Zon Sabah & Sarawak.
Kursus ini mempunyai objektif untuk memahamkan guru-guru baru di SMKA tentang hala tuju SMKA dalam mendidik pelajar-pelajar dan peranan penting yang sepatutnya mereka mainkan.
Para peserta terdiri daripada guru-guru yang baru menyertai SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) dari seluruh negara. Kursus ini dijalankan pada 12 hingga 14 Oktober 2009 di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang untuk Zon Semenanjung dan pada 19 hingga 21 Oktober 2009 di Hotel Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah untuk guru-guru dari Zon Sabah & Sarawak.
Kepada guru-guru yang menyertai kursus ini, kami akan mengemaskini artikel-artikel berkaitan di laman web ini dari masa ke semasa.
Jumpa lagi


